fbpx

Juventus enggan tekan butang panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORATA (kanan) berjaya meledak satu gol buat Juventus tetapi gagal membantu pasukannya apabila tewas di hujung perlawanan kepada Napoli. – AFP

NAPLES – Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri masih menaruh keyakinan terhadap barisan pemainnya untuk mencabar kejuaraan Serie A musim ini biarpun tewas 1-2 kepada Napoli di Stadio San Paolo awal pagi semalam.

Keputusan itu menyaksikan The Old Lady masih gagal untuk mencatat kemenangan pertama Serie A selepas terdahulu seri dan tewas dalam dua perlawanan pertama musim ini.

Bagaimanapun, Allegri percaya mereka tidak akan mengambil masa lama untuk kembali ke landasan sebenar berdasarkan pengalamannya menjuarai lima kejuaraan Scudetto bersama Juventus dari 2015 hingga 2019.

“Saya memberikan sepenuh kepercayaan kepada kumpulan pemain ini kerana saya tahu mereka akan bangkit mengubah situasi sekarang.

“Kekalahan hari ini (awal pagi semalam) berbeza kerana Napoli adalah sebuah pasukan hebat. Namun, kami perlu segera bangkit melupakan kekalahan ini dan ambil pengajaran untuk aksi seterusnya,” kata Allegri.

Juventus bermula dengan baik apabila membuka tirai ja­ringan menerusi Alvaro Morata pada minit ke-10.

Kedudukan itu tidak berkekalan apabila Napoli memanfaatkan kelebihan laman sendiri untuk memenangi aksi tersebut dengan dua gol di separuh masa kedua melalui Matteo Politano dan Kalidou Koulibaly pada minit ke-57 serta 85.

Kekalahan itu pastinya membakar semangat para pemain Juventus untuk mempamerkan prestasi yang jauh lebih baik menjelang aksi pertama Liga Juara-Juara menentang wakil Sweden, Malmo di Stadium Eleda pada Rabu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI