fbpx

Suara makin sedap, Nabila Razali dipujuk netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA RAZALI menerima banyak kata-kata semangat daripada peminat.

BOLEH tahan juga suara Nabila Razali ketika menyanyikan lagu berjudul Reckless dendangan Madison Beer yang dikongsikan dalam Instagram miliknya.

Suara dan gaya nyanyian Nabila tidaklah seteruk seperti yang diperkatakan ramai pihak sehingga meminta dirinya untuk ‘bersara’ daripada meneruskan kariernya sebagai penyanyi.

Bagi Diva, nyanyian Nabila untuk lagu Reckless itu patut diberi pujian kerana menyerlahkan kekuatan vokal Nabila yang serak-serak basah.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai juga netizen yang meninggalkan kata-kata pujian dan sokongan terhadap Nabila supaya meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi.

Malah ada juga yang berpendapat bahawa nyanyian pelantun lagu Peluang Kedua itu telah menjadi semakin baik seperti penyanyi hebat yang lain.

Harap-harap tidak ada lagi kejian untuk Nabila selepas ini.

DIVA: Tegas betul Rita Rudaini dalam soal vaksin, mungkin dia tak perlu nak berlakon lagi untuk cari duit. Dah banyak bisnes lain kot.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI