fbpx

Dua lelaki ditahan kes bakar pondok bit polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien menunjukkan sebuah pondok bit polis di Jelawat, Bachok yang terbakar akibat perbuatan khianat semalam. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Polis menahan dua orang lelaki dalam serbuan berasingan bagi membantu siasatan kes sebuah pondok bit polis di Jelawat, Bachok yang terbakar akibat perbuatan khianat semalam.

Kedua-dua lelaki berusia 24 dan 35 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 malam dan 2.30 pagi tadi di dua lokasi berasingan di sekitar Bachok.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kejadian itu disedari oleh orang awam kira-kira pukul 3.15 pagi semalam sebelum terus membuat laporan polis apabila melihat pondok itu terbakar.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan televisyen litar tertutup (CCTV), polis mendapati sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki bertindak membakar satu bahan sebelum melemparkannya di pondok bit polis itu.

“Siasatan di lokasi kejadian, polis menemui satu bahan plastik yang diisi dengan petrol. Berpandukan bukti pada CCTV, polis telah menjalankan siasatan lanjut sebelum menahan dua suspek itu.

“Polis masih menjalankan siasatan mengenai motif lelaki tersebut yang bertindak membakar pondok bit polis di situ,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Menurut Shafien, semakan mendapati, suspek yang berusia 35 tahun mempunyai satu rekod jenayah lampau kes dadah manakala seorang lagi berkait kes judi.

Ujarnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek pertama positif dadah jenis methamphetamine dan seorang lagi negatif dadah.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI