fbpx

Wanita bergejala punca kampung Orang Asli kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA -Sebuah perkampungan masyarakat Orang Asli di Perak iaitu Kampung Ulu Groh terletak dalam Daerah Kampar bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok.

Ia berpunca daripada kes seorang wanita tempatan berusia 39 tahun yang bergejala pada 23 Ogos sebelum menjangkiti 40 orang lain dan membentuk kluster komuniti di kampung itu.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut dilaksanakan PKPD ialah Ladang Insanjaya dan Ladang Darabif, Mukim Bebar, Daerah Pekan, Pahang selain di Sabah iaitu Taman Semarak Megah, Daerah Tawau.

Katanya, lokaliti itu sebelum ini pernah diwartakan PKPD dua kali dari 17 Jun hingga 30 Jun dan 27 Julai hingga 9 Ogos lepas.

“Lima lagi lokaliti di negeri berkenaan akan berakhir serentak esok antaranya Kampung Tuhau, Matunggong, Kudat; Taman Teluk Villa, Taman Ketiau, Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Serigai dan Platinum Apartment,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI