fbpx

Wabak polio di Malaysia diisytihar tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kempen Imunisasi Polio di Sabah melibatkan pemberian vaksin oral polio (OPV) kepada semua kanak-kanak berumur bawah 13 tahun di seluruh Sabah. Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan(KKM) mengumumkan pengisytiharan penamatan wabak polio di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengisytiharan itu dibuat Pejabat Perwakilan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura dalam perutusan rasminya kepada KKM semalam.

Menurutnya, pengisytiharan itu dilakukan berdasarkan penilaian oleh pasukan penilai terdiri daripada panel pakar antarabangsa yang telah melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap tindakan kawalan dan pencegahan wabak polio yang dijalankan di negara ini.

“Berdasarkan penilaian tersebut, usaha Malaysia dalam kawalan dan pencegahan wabak tersebut telah diiktiraf sebagai berjaya menghentikan penularan wabak polio.

“Penyakit polio adalah penyakit berjangkit disebabkan virus polio yang menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal sepanjang hayat selain boleh menyebabkan kegagalan pernafasan dan membawa maut,” kata Khairy kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, pada penghujung 2019, Malaysia dikejutkan dengan pengesahan satu kes polio yang dikesan di Sabah iaitu selepas 27 tahun negara bebas daripada kes polio di Malaysia.

Susulan pengesahan kes polio tersebut, usaha pencegahan dan kawalan wabak giat dijalankan dan masih diteruskan walaupun negara turut dilanda pandemik Covid-19. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI