fbpx

Tarian Wan Emir untuk Mira dipuji comel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERCUBAAN Wan Emir mengikut gerak tari dipuji netizen sebagai comel dan sangat 'sporting'.

SETIAP suami dalam dunia ini pasti akan melakukan apa sahaja demi isteri tercinta begitu juga Wan Emir Astar. Biarpun bukan seorang selebriti, Wan Emir dilihat begitu selamba dan berusaha menari bersama isterinya Mira Filzah dalam satu video baru-baru.

Biarpun dalam durasi yang sangat singkat, namun aksinya itu mencetuskan pujian ramai.

“Bagus suami dia layankan isteri, bini pula comel,” puji pengikut Instagram Mira.

“Nampak mata suami dia ikut gerak kaki si isteri, comel,” komen seorang netizen.

Difahamkan, video tersebut dirakam pada hari ulang tahun pertama perkahwinan Mira dan Wan Emir beberapa hari lalu.

Video perkongsian Mira dalam Instagramnya itu mendapat lebih 1.4 juta tontonan dan 260,000 tanda suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI