fbpx

Keluarga Malaysia hilang tokoh keselamatan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia di IJN pagi tadi.

PETALING JAYA – Keluarga Malaysia kehilangan seorang tokoh perkhidmatan keselamatan awam yang disegani iaitu Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Allahyarham sangat tegas dan komited dalam memperkasa keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang perkhidmatannya.

“Keluarga Malaysia kehilangan seorang tokoh perkhidmatan keselamatan awam yang disegani yang kembali ke Rahmatullah pada 10.15 pagi tadi.

“Selaku mantan Pengarah Bahagian Jabatan Penyiasatan Jenayah Bukit Aman dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Allahyarham sangat tegas dan komited dalam memperkasa keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu Kosmo! hari ini melaporkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 10.15 pagi.

Ismail Sabri berkata, beliau mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham atas pemergian insan tersayang dan mendoakan mereka tabah menghadapi detik yang mendukacitakan.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI