fbpx

PD sedia sambut sejuta pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAMRI Mohd. Esa (kanan) ketika mengadakan lawatan ke Homestay Warisan Bonda, Teluk Pelandok, Pasir Panjang, Port Dickson hari ini.- Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menyasarkan sejuta pelancong yang melawat daerah berkenaan apabila Negeri Sembilan dapat beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kelak.

Yang Dipertua MPPD, Zamri Mohd. Esa berkata, sasaran itu dilihat selepas melihat kehadiran pelancong yang agak baik datang ke daerah ini selepas pembukaan sektor pelancongan dalam Fasa 3 PPN ketika ini.

“Kami menyasarkan seramai sejuta juta pelancong datang ke daerah ini yang dijangka menjelang penghujung tahun ini.

Apabila peralihan ke Fasa 4 dan kebenaran rentas negeri diberikan, tentu pelancong akan lebih ramai. Pihak kami sudah bersedia untuk kembali menerima pelancong dari dalam dan luar negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan projek sektor pembangunan pelancongan di sekitar Port Dickson hari ini.

Yang hadir sama, Setiausaha MPPD, Muhammad Zaki Yahya dan Pengarah Kejuruteraan MPPD, Mohammad Mohaiyaddin Hasin.

Sementara itu, menurutnya, kira-kira 150,000 orang pelancong dalam kalangan penduduk di negeri ini telah berkunjung ke Port Dickson sejak Fasa 3 PPN 4 September lalu.

“Kami dimaklumkan, seramai 150,000 pelancong tempatan datang berkunjung ke daerah ini. Bagaimanapun, kami harap orang ramai yang datang agar dapat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Kami tidak dapat mengawal sepenuhnya pengunjung yang datang ke sini. Sebanyak 11 pantai yang sepanjang 17 kilometer di Port Dickson yang perlu dikawal rapi bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 di kawasan tumpuan pelancong ini,” katanya.

Dalam pada itu, Zamri memaklumkan, pihaknya sedang menaik taraf pelbagai kemudahan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung termasuk menambah kiosk penjaja di Pantai Saujana dan pemasangan papan iklan LED di Dataran Telok Kemang.

“Beberapa kemudahan dilaksanakan bagi membolehkan kawasan tumpuan ini diberi nafas baru dan selesa untuk dikunjungi yang dijangka akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI