fbpx

Caprice terima permohonan maaf Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ (kiri) membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Caprice atas gurauan kasarnya terhadap aktivis kemanusiaan itu selama ini.

PETALING JAYA – Konflik antara Sharnaaz Ahmad dengan penyanyi rap sensasi Caprice kini beralih ke fasa baharu apabila aktor tersebut memohon maaf secara terbuka atas semua gurauan kasarnya dalam Instagram hari ini.

Permohonan maaf tersebut diucapkan Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 36, dalam satu hantaran InstaStorynya sebentar tadi.

“Sejak pagi tadi, semua tahu yang saya mempunyai isu dengan Caprice dan Insya-Allah perkara ini akan kami selesaikan dengan cara elok di belakang.

“Secara peribadi, gurauan saya mengenainya sejak dia berada di Jordan sehinggalah sekarang mungkin agak keterlaluan dan sebagai seorang yang lebih matang, saya minta maaf,” kata pelakon drama Pelindung Seorang Puteri itu.

Tegasnya, dia akan menyelesaikan perseteruannya dengan pemilik nama penuh Ariz Ramli itu tidak lama lagi.

“Selebihnya saya serahkan kepadanya dan biar urusan ini saya selesaikan dengan Caprice,” katanya lagi.

Sementara itu, Caprice turut mengulang siar permohonan maaf Sharnaaz dan turut melakukan perkara yang sama.

“Selamat datang ke Damansara Sharnaaz. Pihak kami terima permohonan maaf tersebut.

“Saya pun kalau lebih-lebih tadi mungkin kerana lapar dan belum makan tengah hari. Insya-Allah selepas kuarantin, kita minum sama-sama,” tulisnya.

Hari ini, Kosmo! Online melaporkan Caprice menerusi Instagram mengajuk Sharnaaz dengan gelaran sotong, satu karakter yang pernah dijayakannya menerusi sebuah drama rantaian suatu ketika dahulu, Suamiku Encik Sotong.

Terdahulu, ketika berada selama lebih dua bulan di negara Arab, Sharnaaz beberapa kali memerli Caprice dan memperkecilkan dakwahnya yang tidak kesampaian kerana gagal memasuki Palestin.

Sharnaaz, Shukri dan Zizan Razak pernah bersiaran langsung (live) dalam Instagram dan antara perlian yang diutarakan sesi live adalah tidak sabar menunggu Caprice pulang ke Malaysia dan menghadiahkan mereka cenderamata patung Firaun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI