fbpx

Sindiket judi sasar warga Indonesia sebagai mangsa tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fazley (kiri) turut serta dalam serbuan sindiket perjudian online antarabangsa di dua unit kondominium tersebut.

SEREMBAN – Sindiket perjudian online antarabangsa yang menjadikan dua unit kondominium berhampiran sebuah pusat beli-belah di Nilai di sini sebagai tempat operasi terbongkar dengan penahanan sembilan suspek hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada pukul 8.45 pagi tadi hasil intipan selama lima hari dan maklumat orang awam.

“Hasil pemeriksaan menemui lima lelaki dan empat wanita berusia antara 25 hingga 36 tahun di dalam dua buah unit kondominium berasingan yang disyaki sedang menjalankan perjudian dalam talian.

“Lapan daripada suspek merupakan warga Indonesia, manakala seorang suspek lelaki berusia 36 tahun merupakan rakyat tempatan dipercayai bertindak sebagai penyelia,” katanya ketika ditemui selepas operasi serbuan di sini hari ini.

Beliau berkata, modus operandi sindiket perjudian antarabangsa itu adalah menyasarkan pelanggan warga Indonesia dan penawaran dibuat melalui aplikasi WhatsApp serta Line.

“Siasatan mendapati kediaman tersebut dijadikan ‘call centre’ (pusat panggilan) untuk mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian bagi pasaran Indonesia.

“Mereka menawarkan lima jenis judi online iaitu Joker, Legend, Live 22, 918 Kiss dan Pramatic dengan nilai pertaruhan RM8,000 hingga RM10,000 sehari,” katanya.

Jelas Mohd. Fazley, lapan suspek warga Indonesia yang ditahan merupakan pekerja dan diberikan gaji antara RM2,000 hingga RM2,500 oleh sindiket berkenaan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI