fbpx

Pernah digelar ‘dugong’, Lee Jang-woo hilang 25kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE JANG-WOO

PENAMPILAN terkini pelakon Lee Jang-woo menjadi perhatian peminat apabila bentuk badannya yang sebelum ini gempal, berubah agak drastik dan menyerlahkan fizikal ideal seorang lelaki maskulin.

Bentuk badan Jang-woo menjadi bualan selepas agensinya, Hunus Entertainment berkongsi gambar edisi B-cut (tidak menepati standard penerbit) untuk fotografi majalah Marie Claire.

Terdahulu, aktor yang terkenal menerusi program We Got Married itu berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 25 kilogram (kg) daripada 98kg menjadi 75kg.

Kejayaan tersebut hasil usaha diet ekstremnya selama 100 hari, seperti yang dijanjikan kepada peminat ketika muncul dalam program I Live Alone pada Mei lalu.

Selepas gambar-gambar berkenaan menuai perhatian luar biasa peminat, agensi aktor itu kemudian membuat keputusan berkongsi lebih banyak fotonya kepada umum.

Sebelum ini, Jang-woo pernah mendapat gelaran ‘dugong’ gara-gara tubuh yang gempal. Dia kemudian mengambil keputusan melakukan perubahan selepas menyedari berat badan berlebihan boleh membahayakan kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI