fbpx

Pasar Awam Farlim ditutup akibat kes positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar Awam Farlim, Air Itam, dekat sini ditutup hari ini.

GEORGE TOWN – Pasar Awam dan Kompleks Makanan Farlim di Bandar Baru Air Itam di sini diarah tutup serta merta hari ini selepas 18 peniaga dan pekerja positif Covid-19.

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), penutupan itu adalah untuk memudahkan kerja pembersihan dan mencegah penyebaran virus Covid-19 dalam kalangan masyarakat.

“Penutupan ini melibatkan 159 gerai di pasar dan 22 gerai di kompleks makanan.

“Orang ramai diminta mengambil perhatian mengenai penutupan pasar ini dan kami menasihati mereka untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk membendung penyebaran Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI