fbpx

Dua kemalangan maut di lokasi sama dalam seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah lori membawa muatan gula yang terbabas dalam kemalangan maut di Kilometer 43.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, hari ini.

BENTONG – Seorang lelaki maut selepas lori membawa muatan gula yang dipandunya terbabas di Kilometer 43.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini hari ini.

Kejadian itu menyaksikan dua kemalangan maut berlaku di lokasi yang sama dalam tempoh seminggu selepas dua lelaki maut Khamis lalu akibat lori muatan baja dinaiki mereka terbabas.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohamad Rahiziikmal Mohamad Her,27, dalam perjalanan dari arah Selangor ke Kuantan, Pahang.

“Lori yang dalam perjalanan dari sebuah kilang gula di Shah Alam, Selangor itu dipercayai hilang kawalan di selekoh lalu terbabas ke kiri jalan dan terlanggar tebing bukit.

“Akibat kejadian mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini, hari ini.

Pada 2 September lalu dua lelaki maut selepas lori muatan baja yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di lokasi sama iaitu kilometer 43.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu menyaksikan lori yang dalam perjalanan dari Selangor ke Raub itu dipercayai hilang kawalan semasa melalui satu selekoh lalu terbabas di sebelah kiri jalan dan masuk ke dalam gaung.

Dalam pada itu, Zaiham berkata, kes tersenbut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI