fbpx
Orang ramai beratur sambil memakai pelitup muka di sebuah stesen kereta api di Bogor, baru-baru ini. – AFP

Situasi Covid-19 di Indonesia lebih baik berbanding Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Wakil Menteri Kesihatan Indonesia, Dante Saksono Harbuwono mendakwa bahawa situasi Covid-19 di negara itu adalah lebih baik berbanding negara-negara jiran termasuk Malaysia, lapor laman berita Merdeka hari ini.

Menurutnya, hal itu kerana Indonesia kini sedang mencatatkan trend penurunan dalam kes Covid-19 berbanding negara-negara lain.

“Pada masa ini, negara-negara lain masih mencatatkan trend peningkatan seperti Malaysia, Filipina dan Vietnam sedangkan kita sudah mula kelihatan menurun,” katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan secara maya semalam.

Selain itu, Dante turut mengingatkan rakyat Indonesia agar kekal mengikuti protokol kesihatan yang ketat meskipun telah menerima vaksinasi Covid-19 serta jumlah kes dalam negeri mula menurun.

“Beberapa strategi untuk mengawal penularan wabak ini juga akan diteruskan seperti ujian saringan, pengesanan kontak rapat dan langkah mempercepatkan program vaksinasi,” ujarnya.

Sementara itu, Dante turut menegaskan bahawa penggunaan teknologi digital akan terus dimanfaatkan dalam melaksanakan protokol kesihatan di negara itu.

“Kita sudah mempunyai aplikasi PeduliLindungi. Dengan aplikasi ini, masyarakat akan dipantau dan dinilai status pergerakan mereka,” katanya.

Buat masa ini, aplikasi PeduliLindungi diguna pakai di enam sektor iaitu perdagangan, pengangkutan, pelancongan, pejabat/kilang, keagamaan dan pendidikan serta akan diperluaskan ke beberapa sektor lain. – Agensi 

POPULAR