fbpx

Hanya dua lokaliti di Sabah kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Hanya dua lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis iaitu Kampung Sugiang Baru, Tenom dan Kampung Rapak, Ranau.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, satu lokaliti di negeri itu disambung PKPD hingga 22 September ini iaitu Kampung Rampayan Laut, Kota Belud, manakala 16 lagi lokaliti berakhir serentak esok dengan lapan daripadanya tamat lebih awal.

“Antaranya Kampung Betutai, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Serusop, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria, di Tuaran yang sepatutnya berakhir pada Khamis ini.

“Begitu juga Kampung Brunei, Membakut, Beaufort dan Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu yang tamat PKPD lebih awal daripada dijadualkan masing-masing pada Jumaat dan Sabtu ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selebihnya, kata Rodzi berakhir seperti ditetapkan iaitu Kampung Gudon, Menggatal dan Kampung Lobou, Kota Kinabalu; Kampung Tengah, Kinarut, Papar dan Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru di Ranau yang dikenakan PKPD sejak 12 Ogos.

Baki empat lokaliti ialah melibatkan Kampung Sentosa Blok 4 dan Batu 2 Lorong Saddani di Tawau serta Kuarters Kilang Mee Tien Hock, Penampang dan Taman Sri Panglima, Beaufort yang dilaksanakan PKPD sejak 26 Ogos. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI