fbpx

Son Seok-gu terjebak kontroversi buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SON SEOK-GU

NAMA pelakon drama D.P yang kini sedang hangat ditayangkan dalam Netflix, Son Seok-gu tercemar dengan satu dakwaan terlibat kes buli, seperti didedahkan seorang individu baru-baru ini.

Individu itu mengakui pernah menyaksikan Seok-gu melakukan perbuatan buli ketika zaman persekolahannya di Daejeon.

“Son Seok-gu berdepan mangsa yang lemah dan membuli mereka. Ketika itu, sekolah tiada peraturan pencegahan salah laku, jadi mereka cuba menyembunyikan fakta sebenar.

“Saya terkejut dengan insiden tersebut. Tapi kali ini saya mendedahkan perkara tersebut kerana tidak mahu hanya menjadi sekadar pemerhati,” dedah individu tersebut dalam sebuah komuniti dalam talian.

Tampil menjelaskan dakwaan membabitkan artis naungan mereka, agensi Saetbyeoldang Entertainment menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas tersebut.

“Itu tuduhan palsu dan kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang,” ujarnya.

Seok-gu yang lahir pada 1983 memulakan debut dalam industri menerusi filem Scarlet Innocence pada 2014. Menerusi D.P, Seokgu memegang watak sebagai Lim Ji-seob.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI