fbpx

[VIDEO] Pemandu lori sondol King positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan membabitkan beberapa kenderaan selepas dirempuh sebuah lori di Jalan Ipoh baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Pemandu lori yang merempuh lima buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Ipoh petang tadi didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku pada pukul 2.40 petang selepas pemandu lori berusia 25 tahun itu gagal mengawal kenderaan.

“Siasatan awal mendapati, pemandu lori warga tempatan tersebut telah memandu dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul sebelum gagal mengawal kenderaan dan merempuh laju lima kenderaan.

“Pemandu lori berkenaan telah merempuh kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat. Kelima-lima kenderaan terlibat adalah dua Perodua Myvi, Proton X70, Honda Hrv dan Peugeot 208.

“Pemandu yang memandu Myvi berwarna kuning berusia 45 tahun tersebut hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sementara pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan mereka telah mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang.

“Kita juga telah menahan pemandu lori berkenaan dan mendapati lelaki terbabit tidak berada dalam pengaruh alkohol namun positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

“Pemandu lori berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, beberapa buah kenderaan mengalami kerosakkan selepas dirempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh di sini petang tadi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI