fbpx

Terminal Feri Kuala Kedah ditutup susulan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang menaiki feri ke Kuala Kedah di Terminal Feri Penumpang Kuah di Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Terminal Feri Kuala Kedah ditutup bermula esok susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Kedah.

Jabatan Laut dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, PKPD yang dilaksanakan di dua zon di Kuala Kedah bermula esok hingga 19 September itu melarang semua jenis pergerakan keluar dan masuk ke kawasan tersebut.

“Tiada perkhidmatan feri penumpang dibenarkan dari Kuala Kedah ke Langkawi atau dari Langkawi ke Kuala Kedah sepanjang tempoh PKPD namun operasi perkhidmatan pengangkutan laut yang termasuk dalam kategori perkhidmatan perlu di Terminal Kargo Kuala Kedah akan diteruskan seperti biasa.

“Penumpang yang perlu keluar atau masuk ke Pulau Langkawi boleh menggunakan perkhidmatan feri antara Kuala Perlis ke Langkawi yang akan beroperasi mulai esok,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan feri laluan Kuala Perlis akan beroperasi dengan kekerapan satu perjalanan sehari.

“Perjalanan dari sini ke Kuala Perlis adalah pada pukul 11 pagi dan 1 petang dari Kuala Perlis ke sini tertakluk kepada jadual air pasang surut dengan kekerapan feri bagaimanapun akan ditambah mengikut permintaan penumpang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI