fbpx

Wanita warga emas ditemui mati sendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba ketika membuka pintu rumah mangsa di Flat Kampung Melayu, Ayer Itam di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang wanita warga emas ditemui mati bersendirian di dalam sebuah rumah di Flat Kampung Melayu, Ayer Itam di sini hari ini.

Mangsa berusia 61 tahun dijumpai pasukan penyelamat dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya yang berkunci pada pukul 12.20 tengah hari.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Yusri Zakaria, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.12 tengah hari dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pemanggil yang memaklumkan pintu rumah itu terkunci dan dikhuatiri terdapat mangsa pengsan di dalamnya.

“Pihak kami memecahkan pintu rumah menggunakan peralatan khas dan mendapati seorang wanita tidak sedarkan diri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI