fbpx

Syarat baru masuk MRSM kurangkan peratusan pelajar berkualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Peletakan syarat baru kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tingkatan satu dan empat tahun depan yang terhad kepada Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SK) disifatkan sebagai pra-matang.

Jawatankuasa Permuafakatan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor berkata, syarat tersebut adalah satu tindakan terkebelakang kerana hanya akan mengurangkan peratusan pelajar berkualiti melanjutkan pelajaran di MRSM terutamanya MRSM Ulul Albab dan juga MRSM lain.

Katanya, ia juga bertentangan dengan misi dan visi MRSM untuk membuka peluang pendidikan menengah bagi melahirkan pelajar bumiputera yang holistik, cemerlang dalam bidang akademik, sains dan teknologi dan keusahawanan.

“Kami berasa terkilan dan amat berdukacita apabila meneliti syarat kelayakan pemohonan kemasukan MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 itu.

“Justeru, kami berharap Menteri Pembangunan Luar Bandar ( Datuk Seri Mahdzir Khalid) dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dapat memperhalusi dan seterusnya menarik semula syarat baru yang sangat pra-matang serta seolah-olah dibuat dalam keadaan yang sangat tergesa-gesa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan perkara 6 pada syarat itu hanya calon dari SK (tahun 1 hingga 6) dan SMK (tingkatan 1 hingga 3) bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 di MRSM.

Jawatankuasa itu menegaskan, institusi pendidikan global seperti Harvard, Oxford, Sorborne dan Princeton menekankan pembinaan bakat pelajar daripada pelbagai latar belakang dan menghargai kepelbagaian.

Tambahnya, mereka yang menuntut di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) mahupun Sekolah Agama Menengah (SAM) adalah terdiri di kalangan B40, M40 dan T20 dengan peratusan yang sama atau hampir sama dengan SK dan SMK.

“Ini terbukti apabila SRAI melahirkan para pelajar pelajar peringkat rendah yang cemerlang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

“Malah, kemasukan pelajar-pelajar Tahun 1 ke sekolah-sekolah SRAI perlu melalui melalui Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” jelasnya.

Mengulas lanjut, jawatankuasa itu berkata, MARA boleh melaksanakan proses saringan peperiksaan dan temuduga seperti sebelumnya mengikut keutamaan atau kuota yang ditetapkan sekiranya ingin memberi keutamaan kepada pelajar luar bandar atau miskin bandar bagi melanjutkan pelajaran di MRSM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI