fbpx

Polis siasat kes tular kematian 14 ahli keluarga kerana Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussin Zamora

KOTA TINGGI – Polis akan melakukan siasatan lanjut susulan mesej tular kononnya seorang kakitangan sebuah syarikat minyak dan gas di Pengerang di sini kematian 14 ahli keluarga akibat Covid-19 yang disyaki mempunyai unsur penipuan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, bagaimanapun siasatan kes masih diperingkat awal dan pihak polis masih belum mempunyai maklumat lanjut.

“Kami baru menerima laporan polis daripada majikan syarikat tersebut di Pengerang berkaitan hal tersebut di Balai Polis Pengerang malam ini.

“Kes akan diklasfikasi dan dibuka kertas siasatan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut kes akan diteruskan oleh Bahagian Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

“Buat masa ini, siasatan kes masih diperingkat awal dan belum ada apa-apa info tentang siasatan kes dapat dikongsikan,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut maklumat yang tular menerusi media sosial WhatsApp dan Facebook, seorang lelaki didakwa berdepan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga mulai Jun lalu hingga September ini.

Mesej tular tersebut menyatakan kakitangan syarikat itu yang mempunyai lapan orang anak telah kehilangan isteri dan tiga anaknya pada Jun dan Julai lalu.

Manakala pada 2 September, lima lagi anaknya bersama ibu, kakak dan abang ipar juga dua anak mereka turut meninggal dunia akibat virus itu.

Mesej itu juga turut memaparkan nombor akaun lelaki berkenaan bagi mereka yang mahu memberikan sumbangan khairat kematian keluarganya itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI