fbpx

Peniaga resah gangguan bekalan air berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LANGAT – Para peniaga kedai makan mengeluh apabila bekalan air kembali tiada di Kampung Sungai Manggis dan Kampung Seri Cheeding sejak malam tadi.

Seorang peniaga makanan di Kampung Sungai Manggis, Mohammad Zahir Firdaus Zakiyuddin,25, berkata, masalah air yang berlaku beberapa hari lalu menyebabkan dia terpaksa menggunakan air galian untuk berniaga.

“Semalam, aliran air sudah mula kecil keluar daripada muncung paip.

“Pagi tadi, langsung tidak ‘meleleh’ menyebabkan saya terpaksa ke Banting membeli air galian dalam jumlah yang banyak,”katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kehidupan hampir sejuta penduduk lima wilayah kembali sengsara apabila Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA) dihenti tugas buat kali kedua dalam tempoh selang empat hari.

Henti tugas itu bermula pukul 5.15 petang tadi berpunca daripada pencemaran bau pada sumber air mentah di Sungai Semenyih.

Sementara itu, seorang peniaga di Kampung Seri Cheeding, Hussaini Shoib,43, berkata, masalah bekalan air yang berlaku menyebabkan urusan seharian tergendala.

“Kejap ada kejap tiada bekalan air di kampung ini. Nasib baik bantuan bekalan air dari Air Selangor tiba segera.

“Penduduk berharap pihak yang mencemar sumber air diambil tindakan tegas kerana masalah telah berlarutan terlalu lama,”katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI