fbpx

Liek Hou julang emas kedua negara pada Paralimpik Tokyo 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIEK HOU berjaya meraih pingat emas kedua buat negara selepas menjuarai aksi final badminton lelaki kategori SU5 di Gimnasium Nasional Yoyogi, Tokyo sebentar tadi.

SATU lagi sejarah tercipta di bumi Tokyo apabila pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou menjelmakan pingat emas dengan menumbangkan pemain ranking No.1 dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi di Gimnasium Nasional Yoyogi sebentar tadi.

Lebih membanggakan, Liek Hou yang membuat penampilan pertama pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 berjaya mengatasi jaguh Indonesia itu dengan kemenangan straight-set 21-17, 21-15 dalam aksi final badminton lelaki kategori SU5.

Liek Hou yang merupakan juara dunia enam kali dilihat mengekalkan momentum terbaik meskipun Anrimusthi cuba mengheret perlawanan tersebut ke rubber set, bagaimanapun hasrat lawan itu tidak kesampaian.

Kemenangan tersebut merupakan emas kedua buat kontinjen Malaysia apabila atlet angkat berat negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas sulung selepas menang sukan powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI