fbpx

Gulp Indonesia perkenal minuman inspirasi vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siri minuman terbaharu yang diinspirasikan daripada vaksin Covid-19 yang ditawarkan oleh Gulp Indonesia. - Instagram

JAKARTA – Sebuah syarikat minuman di Indonesia, Gulp Indonesia memperkenalkan rangkaian minuman terbaharu yang mendapat inspirasi daripada beberapa jenis vaksin Covid-19, lapor portal Mothership, semalam.

Gulp Indonesia yang merupakan syarikat minuman yang baru bertapak di negara itu menawarkan siri produk terbaharu yang diberi nama  Pandemonium Vaxx.

Terdapat tiga jenis minuman yang ditawarkan dalam siri tersebut iaitu Ginovac (Sinovac), Pfizour (Pfizer) dan Astra Zenecha (AstraZeneca).

Ginovac mempunyai perasa teh ginseng manis, Pfizour dengan perisa teh limau masam bersama kelapa muda manakala Astra Zenecha pula untuk peminat rasa pudina dicampur buah markisa.

“Minuman kombucha ini dihasilkan daripada bahan semula jadi dan tidak dicampur dengan bahan pengawet atau perasa tiruan.

“Ini sekadar tanda sokongan kepada usaha kerajaan dalam pemberian vaksin di musim Covid-19 dan bukanlah mewakili vaksin yang sebenar,” tulis kenyataan rasmi Gulp Indonesia.

Siri minuman Pandemonium Vaxx boleh dibeli pada harga 135,000 rupiah (RM39.28) dengan isi padu 280 mililiter, berserta replika kad vaksinasi Covid-19.

Buat masa sekarang, Gulp Indonesia hanya menerima pembelian secara tempahan awal di laman beli-belah Tokopedia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI