fbpx

Tanggungjawab saya sepenuhnya – Jurulatih Ziyad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIZOL Harun bercakap kepada pemberita ketika tiba di KLIA, Sepang hari ini. - foto FAIZ ALIF

SEPANG – Jurulatih atlet paralimpik negara, Faizol Harun mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku terhadap anak didiknya, Muhammad Ziyad Zolkefli yang terlepas pingat emas bagi acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Beliau meminta tiada lagi pihak menunding jari kepada sesiapa atas apa yang berlaku pada Selasa lalu.

“Saya mohon bagi pihak yang mencari siapa yang bersalah dan tidak, saya selaku jurulatih kepada Ziyad dan dekat dengannya.

“Saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku serta meminta jangan menuding jari kepada orang lain,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Selasa lepas, Ziyad, 31, berjaya mempertahankan pingat emas bersama rekod dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dengan lontaran sejauh 17.94 meter di Tokyo.

Bagaimanapun, kem Ukraine dan Greece mengemukakan bantahan terhadap Ziyad dan dua lagi atlet, Todd Hodgetts dari Australia dan Jordi Patricio dari Ecuador kerana lewat memasuki bilik menunggu sekali gus ketiga-tiga atlet itu diklasifikasikan sebagai DNS (Do Not Start).

Tambah Faizol, mereka mendakwa tiba di pintu memasuki bilik menunggu tepat pada pukul 5.55 iaitu waktu panggilan tetapi tidak dibenarkan masuk sebelum membuat rayuan dan dibenarkan ketua pengadil. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI