fbpx

Rakyat diajak kongsi idea sediakan Bajet 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

PUTRAJAYA – Orang ramai dijemput berkongsi idea bagi penyediaan Bajet 2022 menerusi Kertas Konsultasi Awam (KKA) yang diterbitkan Kementerian Kewangan (MOF) sebagai salah satu usaha menambah baik ketelusan dan keterangkuman di dalam proses penyediaan bajet tahunan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebagai langkah permulaan, empat KKA akan diterbitkan untuk mendapatkan input kepada Bajet 2022.

Beliau berkata, ia meliputi Penambahbaikan Dasar Perolehan Kerajaan Berkaitan Barangan atau Perkhidmatan Tempatan dan Bumiputera, Penambahbaikan Program Bantuan Tunai, Kajian Insentif Cukai serta Penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA).

“MOF yakin penerbitan KKA buat kali pertama ini akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing ke arah perangkaan sebuah bajet yang memenuhi keperluan rakyat serta selaras dengan dasar dan objektif negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Soalan atau keperluan maklumat lanjut boleh dikemukakan kepada [email protected].

KKA boleh dimuat turun dan maklum balas boleh dikemukakan melalui laman web www.mof.gov.my. selewat-lewatnya pada 5 petang, 15 September ini.

KKA adalah sebagai pelengkap kepada Kenyataan Pra-Bajet 2022 yang diterbitkan pada 31 Ogos lalu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI