fbpx

Permainkan cinta peminat, Lucas akui bersikap buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUCAS

NAMA anggota kumpulan WayV, Lucas tidak semena-mena menjadi bualan selepas terpalit dengan pelbagai kisah sensasi dan skandal cinta termasuk dengan peminat.

Kontroversi tersebut mula berterbangan apabila seorang netizen memuat naik sebuah entri dalam laman sembang komuniti dan menuduh penyanyi itu pernah menipunya sebelum ini.

Jelas wanita itu, dia merupakan peminat penyanyi itu sebelum didekati dan mula bercinta dengan Lucas.

Membuktikan pendedahannya, wanita itu menyertakan bukti tangkap layar perbualan dengan Lucas untuk dinilai sendiri oleh semua orang.

Tidak terhenti di situ, seorang netizen dari China pula mengakui senasib dengan peminat wanita Lucas.

Akui netizen warga China itu, dia juga sempat menjalin cinta dengan Lucas.

Cuba meredakan keadaan, Lucas kemudiannya mengakui kesilapan sendiri dan memuat naik hantaran berupa permohonan maaf terbuka dalam Instagramnya.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terluka kerana kesalahan saya. Jika diberi peluang, saya mahu menyampaikan ucapan maaf secara peribadi.

“Saya juga seikhlasnya memohon maaf kepada peminat yang banyak menyokong dan menyayangi saya selama ini.

“Melihat perbuatan lalu, ternyata semua itu salah dan kelakuan buruk sebegitu nyata sebuah pengkhianatan terhadap sokongan yang diberikan oleh peminat selama ini,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI