fbpx

Jun-young tangkap si pemabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE JUN-YOUNG

PELAKON Lee Jun-young yang juga merupakan anggota kumpulan U-Kiss baru-baru ini dilaporkan telah membantu pihak polis untuk memberkas seorang pemandu mabuk.

Insiden tersebut hanya diketahui oleh agensinya selepas tindakan terpujinya mendapat liputan meluas media Korea Selatan.

“Semasa pulang daripada latihan nyayian, dia melihat seorang lelaki yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk lantas terus mengikutinya.

“Selepas menghubungi polis, dia mengejar kenderaan berkenaan hingga berjaya menghentikan pemandu mabuk itu sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa,” kata agensi menerusi satu kenyataan.

Menguatkan bukti penyanyi itu mengejar dan mengekori pemandu mabuk terbabit, rakaman kamera dashcam turut jelas kedengaran suara Jun-young menghubungi polis mengenai lokasinya.

“Pemandu di hadapan saya kelihatan mabuk, dia bergerak ke kiri dan ke kanan dalam keadaan berbahaya,” jelas suara rakaman tersebut.

Dalam perkembangan lain, Jun-young, 24, bakal muncul dalam drama berjudul I’ll Be Your Knight dan sebuah filem bertajuk, Moral Sense tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI