fbpx

Penghantar panik, van dikelilingi anjing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan beberapa ekor anjing sedang mengelilingi van dipandu seorang penghantar yang tular di laman sosial.

PETALING JAYA – Seorang penghantar barang (delivery) berdepan detik cemas apabila van yang dipandunya dikelilingi beberapa ekor anjing liar.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook, situasi itu berlaku ketika lelaki berkenaan tiba di pekarangan sebuah rumah pelanggannya untuk menghantar barang.

Berdasarkan klip video berdurasi 13 saat itu kelihatan beberapa ekor anjing berada di sekeliling kenderaannya serta dalam pekarangan rumah pelanggan.

Difahamkan, antara jenis anjing yang terdapat dalam klip video tersebut adalah jenis ‘german shepherd’ iaitu anjing bersaiz besar yang digunakan oleh pasukan keselamatan negara.

Situasi itu menyebabkan dia tidak dapat keluar daripada kenderaannya untuk menghantar barang pelanggan.

“Macam mana nak keluaq ni, tudia besaqnya, tu ada lagi,” kata lelaki dalam dialek utara menerusi klip video berdurasi 13 saat.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan tepat lokasi dan tarikh klip video itu dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen simpati dengan penghantar tersebut dan mereka berdoa agar penghantar itu tidak diapa-apakan oleh haiwan terbabit.

“Anjing ‘german shepherd’ ni, anjing K9 besar tu, aku boleh menggigil masa terserempak dengan anjing ini walaupun dia dalam sangkar kat trak polis. Kalau depan-depan memang aku tak akan turunlah,” Nordiana Zainuddin.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Seorang Insan Lemah.

“Pihak berkuasa sila ambil tindakan, tunggu orang mati baru nak ambil tindakan kah?,” soalnya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI