fbpx

Lamaran Beyoncé ubati CL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CL

SELEPAS melebarkan sayap kariernya di persada antarabangsa, penyanyi popular CL mengakui semakin rapat dan mempunyai ramai rakan dalam kalangan artis Hollywood.

Ketika muncul dalam program Knowing Brothers baru-baru ini, CL mendedahkan dia berkawan baik dengan beberapa nama besar Hollywood antaranya Ariana Grande, Beyoncé, Rihanna, Justin Bieber dan Kanye West.

Malah dia juga pernah dilamar menjadi model untuk jenama keluaran Beyoncé sebelum ini.

“Pada ketika itu saya sedang melalui waktu yang sukar. Kemudian dia pelawa saya menjadi model bagi jenamanya, terus saya rasa sangat selesa.

“Saya malah jadi makin selesa ketika berbual tentang perkara-perkara kecil. Keadaan tersebut membuatkan saya mahu jadi seperti dirinya suatu hari nanti,” katanya.

Bekas anggota kumpulan 2NE1 itu turut ditanya tentang perkara yang dilakukannya ketika bertemu individu popular.

“Saya rasa semua orang sama. Mereka keluar bebas seperti orang lain. Tapi kami sebenarnya tidak terlalu banyak berbual tentang muzik ketika berjumpa,” dedahnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI