fbpx

Tular lelaki bergelang putih pandu lalu restoran makanan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar lelaki mengenakan gelang putih dipercayai di Bagan Ajam, Butterworth tular di media sosial hari ini.

SEBERANG PERAI – Tindakan seorang lelaki keluar dari rumah dan memandu sambil mengenakan Gelang Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO) berwarna putih mengundang resah orang ramai selepas tindakan itu tular di media sosial hari ini.

Beberapa keping gambar memaparkan lelaki berkenaan memandu kereta jenis Proton Saga dipercayai di Bagan Ajam, Butterworth di sini telah dimuat naik ke kumpulan laman Facebook sejak petang tadi.

Lelaki itu dipercayai baru selesai membeli makanan segera melalui kaunter pandu lalu dan sedang menunggu pesanan siap ketika gambar dirakam.

Gambar itu memaparkan lelaki tersebut mengenakan pelitup muka berwarna hitam di bawah dagu sambil membuka tingkap kereta.

Turut kelihatan, seorang kanak-kanak yang menampal gel penyejuk badan pada dahi dipercayai sedang demam.

Rata-rata pengguna Facebook mengecam tindakan lelaki tersebut yang dipercayai sepatutnya sedang menjalani kuarantin di rumah, namun bertindak memandu keluar ke tempat awam.

“Apa berlaku sekalipun, adalah salah kerana dia tidak memakai pelitup muka dengan betul,” tulis Yean Nee dalam bahasa Mandarin.

Bagaimanapun terdapat pengguna Facebook meninggalkan komen sambil bersimpati dan mendakwa lelaki itu berkemungkinan terpaksa keluar membeli makanan berikutan tiada kenalan atau keluarga yang boleh membantu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor ketika dihubungi berkata pihaknya bersama pihak Kementerian Kesihatan sedang mengesan lelaki berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI