fbpx

Skuad Projek FAM-MSN raih kemenangan sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fakhrul Zaman (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Skuad Projek FAM-MSN pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. - Foto IHSAN KUFC

KOTA BHARU – Skuad Projek FAM-MSN merakam kemenangan sulung musim ini selepas menewaskan Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) 1-0 pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, selaku tuan rumah, KUFC bermula garang apabila menguji benteng pelawat menerusi sepakan percuma Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi pada minit ke-9, namun percubaan itu sekadar melewati gawang gol pelawat.

Fakhrul Zaman terus mencuri peluang untuk memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-15, tetapi tandukannya sekali lagi tersasar dari gawang Skuad Projek FAM-MSN selepas menerima hantaran lambung daripada rakan sepasukan Mohammad Imran Samso.

Ayam tambatan KUFC, Gassama Alfusainey terus mengasak gawang pelawat apabila tandukkannya sedikit sahaja tersasar pada minit ke-24.

Ketika ghairah menyerang, skuad bimbingan Yusri Che Lah hampir memecah kebuntuan jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-34 menerusi Azhad Harraz Arman dan telah dinafikan oleh ketangkasan penjaga gol KUFC, Mohammad Fikri Che Soh.

Tuan rumah membalas serangan itu menerusi lambungan menarik Mohammad Imran pada minit ke-67, namun Muhammad Haziq Mukriz Mohamed Hasemuddin berjaya menolak keluar bola tersebut sekaligus memberikan kelegaan buat Skuad Projek FAM-MSN.

Berpunca daripada serangan balas, Azhad Harraz menghukum kealpaan benteng pertahanan tuan rumah dengan jaringan pembukaan pada minit-78 menerusi rembatan deras dari dalam kotak penalti yang melepasi jangkauan Mohammad Fikri.

Usaha KUFC untuk bangkit mengikat kedudukan gagal apabila Skuad Projek FAM-MSN terus bertahan sehingga wisel penamat perlawanan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI