fbpx

Sultan Selangor zahir dukacita pemergian Tun Ahmad Sarji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenangan Sultan Sharafuddin (kiri) ketika bersama Allahyarham Tun Ahmad Sarji.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Perasaan sedih itu turut dizahirkan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menerusi kenyataan di laman Facebook (FB) Selangor Royal Office, sebentar tadi.

Baginda berdua berkenan mengutus salam takziah kepada keluarga Allahyarham khususnya balu, Toh Puan Sagiyah Salikin.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda mengenali rapat Tun Ahmad Sarji terutama ketika Allahyarham bertugas sebagai KSN.

“Allahyarham dianggap seorang yang komited dan banyak menyumbang kepada pembaharuan sektor perkhidmatan awam.

“Di atas jasa dan bakti Allahyarham, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mengurniakan darjah kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) yang membawa gelaran Dato’ Seri pada 1992,” titah baginda.

Baginda turut mendoakan supaya roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Ahmad Sarji, 82 meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur pukul 1.40 pagi tadi selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu akibat komplikasi Covid-19 pada 31 Julai lalu. – K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI