fbpx

Perkeso bantu waris penghantar makanan OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Sukairi (dua dari kanan) menyampaian bantuan faedah Perkeso kepada Nik Zulkifli (tiga dari kiri) sambil perhatikan Farihah (kiri) di Kampung Gong Tok Nasek di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Waris penghantar makanan orang kelainan upaya (OKU) yang maut dalam kemalangan di Jalan Tengku Mizan, Kuala Nerus pada minggu lalu terharu menerima bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Walaupun Allahyarham Nik Muhammad Haikal Nik Zulkifli, 18, yang merupakan OKU pekak dan bisu baru setahun bekerja sebagai penghantar makanan, warisnya layak menerima faedah di bawah skim keselamatan sosial tersebut.

Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin berkata, semakan mendapati Nik Muhammad Haikal merupakan pencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang baharu diperluaskan kepada pekerja sektor penghantaran makanan dan perkhidmatan pada tahun lalu.

“Waris Allahyarham layak menerima faedah pencen penakat sebanyak RM1,119 sebulan yang akan disalurkan menerusi bapanya, Nik Zulkifli Nik Abd. Kadir, 60.

“Selain itu, Perkeso juga melunaskan faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000 kepada keluarga Allahyarham,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Kampung Gong Tok Nasek di sini hari ini.

Faedah pengurusan mayat Perkeso tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI