fbpx

Makin menjadi-jadi, ramai geram dengan mulut celopar Fizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATAK Fizi (kiri) sekali lagi dikecam gara-gara keceloparannya mengutuk kepala botak Upin dan Ipin.

WATAK Fizi dalam animasi popular Upin & Ipin sebelum ini pernah dikecam teruk oleh netizen kerana mulut celoparnya.

Minggu ini, nama Fizi sekali lagi menjadi bualan netizen selepas Les Copaque mengeluarkan sedutan terbaharu animasi popular tersebut.

Dalam video tersebut, Upin dan Ipin bertanya bagaimana Fizi mendapat rambut yang sangat bergaya.

Bagaimanapun, jawapan yang diberikan Fizi apabila mengejek kepala botak Upin dan Ipin membuatkan netizen berasa sangat geram dengannya.

“Nak pakai kat mana? Awak berdua mana ada rambut, botak!” jawab Fizi bernada angkuh.

Disebabkan klip tersebut, ramai yang kurang berpuas hati dengan jawapan angkuh Fizi. Tidak kurang juga ada yang berharap dia dipulaukan oleh rakan sepermainan lain.

“Makin menjadi-jadi ya mulut si Fizi ni,” ciap seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI