fbpx

Kemuka permohonan 7 hari sebelum ketibaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Permohonan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman melibatkan pengembara melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Johor perlu dikemukakan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum ketibaan ke Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mengambil kira jumlah kemasukan tinggi melalui pintu tersebut, permohonan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman akan diproses Jabatan Kesihatan Negeri Johor serta perlu dikemukakan kepada [email protected].

“Pengembara juga perlu menjalani saringan ujian pengesanan jangkitan Covid-19 menggunakan ujian RT-PCR Covid-19 selewat-lewatnya tiga hari sebelum berlepas.

“Penilaian risiko terhadap pengembara dibuat berdasarkan kepada permohonan untuk kuarantin di rumah atau tempat kediaman akan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, rumah atau tempat kediaman boleh dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai tempat kuarantin wajib sekiranya memenuhi syarat-syarat iaitu pengembara warga Malaysia dan warga asing yang mempunyai rumah atau tempat kediaman di Malaysia termasuk penduduk tetap (PR), Malaysia As My Second Home Resident (MM2H) dan pekerja.

Katanya, bagi pengembara warga Malaysia dan warga asing yang tidak memenuhi syarat dan kelayakan perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin telah diwartakan oleh kerajaan dengan biaya ditanggung sendiri.

“Pengembara yang mengalami gejala sederhana atau teruk akan dirujuk kepada Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dan tindakan selanjutnya adalah berdasarkan kepada penilaian kesihatan dan keputusan pakar,” katanya.

Beliau berkata, tempoh kuarantin wajib bagi pengembara dari semua negara adalah 14 hari, namun akan dilanjutkan selama tujuh hari lagi menjadikan jumlah kuarantin 21 hari. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI