fbpx

PM umum Kabinet baharu pukul 11 pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengumuman pembentukan Kabinet baharu secara langsung pada pukul 11 pagi, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri akan mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada pukul 11 pagi, hari ini.

Ismail Sabri menerusi hantaran di laman Facebook berkongsi poster mengenai pengumuman tersebut yang akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen, RTM, Bernama TV, TV3, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.

“Salam Jumaat barakah kepada seluruh rakyat Malaysia. Sebentar lagi pada pukul 11 pagi, saya akan mengumumkan senarai menteri kabinet yang akan turut serta dalam pentadbiran ini. Sama-sama kita nantikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan, Perdana Menteri telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Istana Negara memaklumkan, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Kabinet baharu dari Ismail Sabri.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN