fbpx

Andi Bernadee beri bayangan identiti suspek songlap duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Andi menyatakan kebanyakkan penggiat seni tanah air mengenali dan mengetahui identiti suspek.

PETALING JAYA – Penyanyi Andi Bernadee memberi bayangan bahawa suspek yang melakukan pecah amanah dan wang RM70,000 miliknya ialah pengurus kepada seorang penyanyi rap terkenal.

Pendedahan yang tidak dinyatakan nama individu tersebut dikongsi pelantun lagu Donde itu dalam satu hantaran InstaStorynya hari ini.

“Maaf saya tak boleh lagi dedahkan nama apatah lagi wajah suspek selagi kes dalam siasatan. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, kita semua akan tahu siapa dia.

“Percakapan dan penulisan saya juga perlu berhati-hati supaya tidak disaman kembali,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Tambah pemilik nama lengkap Andi Azrul Andi Mapangile itu, kebanyakkan penggiat seni tanah air sudah mengetahui identiti suspek.

Lebih mengejutkan, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu turut mendedahkan suspek merupakan pengurus kepada seorang penyanyi dan turut meletak sepotong lirik lagu rap popular.

“Alhamdulillah, hampir semua kenalan dalam industri hiburan sudah tahu perkara ini dan kenal siapa orang itu.

“Maklumlah, suspek juga merupakan pengurus kepada seorang lagi artis,” katanya.

Sementara itu, Andi turut meminta mana-mana pihak supaya tidak memetik nama sesiapa bagi tidak mengeruhkan keadaan.

“Diam. Jangan sebut-sebut kat media sosial. Nanti awak pula kena saman, saya tak tahu,” katanya.

Kelmarin, Andi hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membuat laporan berhubung seorang individu yang didakwa melakukan pecah amanah dan ‘songlap’ wang miliknya berjumlah RM70,000.

Semalam, Andi turut menafikan dakwaan ramai yang menuduh beberapa rakan artis sebagai suspek kes tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI