fbpx

UPSI jual cenderamata 100 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Husaini (kanan) menunjukkan logo 100 tahun sambil diperhatikan Md. Amin di Tanjung Malim, Perak semalam.

PETALING JAYA – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memberi peluang kepada orang ramai untuk memiliki pelbagai cenderamata sempena sambutan 100 tahun penubuhan Pusat Pengajian Tinggi itu.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, UPSI merintis inisiatif mewujudkan kedai cenderamata secara fizikal dan online bagi memasarkan cenderamata untuk dijadikan kenangan yang bermakna buat warga, pelajar, alumni dan juga pelawat.

Jelasnya, dia tertarik dengan konsep penjualan cenderamata yang terdapat di universiti ternama seperti Harvard University, Massachusetts Institute of Technology, University of Cambridge serta Oxford University.

“UPSI menampilkan koleksi cenderamata antaranya topeng pelitup muka, rantai kunci, cawan, payung, pakaian, pelekat kereta dan banyak lagi dengan rekaan unik dan menarik beserta logo eksklusif sambutan 100 tahun.

“Selain cenderamata kontemporari, turut ditampilkan karya-karya eksklusif pensyarah Fakulti Seni Sains Industri Kreatif (FSKIK) antaranya DesignoKit Macrame, bingkai gambar dan rantai kunci potongan lazer, karya berasaskan catan, lukisan, seni ukiran serta tembikar,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Sementara itu Pengurus Besar UPSI Holding Sdn. Bhd, Prof. Madya Dr. Ramlee Ismail berkata, berikutan kemelut pandemik Covid-19, barangan cenderamata boleh juga dibeli secara dalam talian.

“Selain membuka ruang jualan butik lounge di Scholar’s Suite, Tanjung Malim, Perak, UPSI bekerjasama dengan membuka kedai secara dalam talian menerusi UPSI Merchandise di laman web Shopee,” katanya.

Bagi yang berminat juga boleh membeli secara aplikasi WhatsApp dengan menghantar mesej ke talian 019-447 4922 atau hubungi talian 05-448 1922 untuk maklumat lanjut. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI