fbpx

Petaling jadi daerah paling tinggi keganasan rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Petaling menjadi daerah paling tinggi mencatatkan kes keganasan rumah tangga dalam tempoh lima bulan tahun ini, bermula Januari lalu.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud apabila sebanyak 69 kes direkodkan daripada keseluruhan 191 kes di seluruh negeri ini.

Katanya, ini diikuti Hulu Langat (38), Gombak (28), Klang (16), Sepang (15) dan Kuala Langat (14).

“Selebihnya bagi daerah seperti Kuala Selangor hanya mencatatkan enam kes selain Hulu Selangor (3) dan Sabak Bernam (2).

“Kesemua jumlah kes keganasan rumahtangga ini telah didaftarkan untuk diberikan runding cara,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Haniza Mohamed Talha (PN-Lembah Jaya) berhubung jumlah kes keganasan rumahtangga yang berlaku di Selangor serta berjaya diselesaikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Mengulas lanjut, Siti Mariah menjelaskan JAIS tidak mempunyai bidang kuasa bagi menangani kes penderaan yang berlaku sebaliknya tindakan dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bidang kuasa JAIS adalah berhubung hal perkahwinan dan hak-hak serta tanggungjawab pasangan suami isteri serta anak,” ujarnya -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI