fbpx

Harimau bintang tewas bertarung dengan landak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertarungan tersebut berlangsung selama satu jam 30 minit sehingga menyebabkan harimau bintang itu akhirnya berputus asa. – Caters

CAPE TOWN, AFRIKA SELATAN – Seekor harimau bintang yang cuba untuk membaham  landak akhirnya terpaksa berputus asa selepas tewas kepada haiwan berduri itu dalam satu ‘pertarungan sengit’, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menerusi klip video yang dirakam seorang jurufoto, haiwan pemangsa tersebut dilihat berada  di tengah sebatang jalan di Taman Nasional Kruger, Afrika Selatan sebelum cuba menyerang seekor landak. ’Pertarungan’ kedua-dua haiwan itu mengambil masa  satu jam dan 30 minit.

Ia menyaksikan harimau bintang tersebut berkali-kali cuba menyerang landak itu, namun semua serangannya ditepis menggunakan duri landak tersebut.

Harimau itu turut beberapa kali berhenti untuk mencabut duri landak yang mengenai bahagian kakinya sehingga mencederakannya.

“Ini adalah sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Ia adalah pengalaman yang berlaku sekali dalam seumur hidup.

“Pertarungan tersebut berlaku selama satu jam 30 minit dan harimau bintang tersebut berehat selama tiga kali, menjilat kakinya dan meneruskan kembali pertarungan,” kata jurufoto tersebut, Mariette Landman.

Selepas gagal dalam beberapa percubaan dan cedera akibat terkena duri, harimau bintang tersebut akhirnya berputus asa dan kedua-dua haiwan itu berlalu dari situ. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN