fbpx

600 kg ayam dilucutkan hak jadi makanan ikan keli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Maqis Kelantan (tengah) menyerahkan kotak yang mengandungi keratan ayam sejuk beku kepada Penjara Penor, Pahang di Rantau Panjang, semalam. /FOTO IHSAN MAQIS KELANTAN

RANTAU PANJANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan menyerahkan sebanyak 600 kilogram (kg) ayam sejuk beku yang telah dilucutkan hak kepada Jabatan Penjara Malaysia (JPM) Penor, Pahang semalam.

Serahan ayam beku bernilai RM5,700 untuk dijadikan sebagai makanan ternakan ikan keli di bawah program rehabilitasi banduan di penjara berkenaan.

Pengarah Maqis Kelantan, Roslan Che At berkata, kesemua serahan itu adalah daripada hasil sitaan keluaran pertanian import yang telah melalui proses undang-undang dan yang telah dilucut hak kerana tidak mematuhi aspek perundangan di bawah Seksyen 11(1) Akta Maqis 2011.

Katanya, Maqis Kelantan telah menyerahkan sumbangan 840 kilogram keratan ayam sejuk beku kepada Pusat Penyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai, Perak dua minggu lalu.

“Sumbangan yang dianggarkan bernilai RM7,000 bertujuan memastikan bekalan makanan haiwan dalam keadaan yang mencukupi dan memenuhi keperluan.

“Maqis Kelantan bersedia untuk membantu setiap agensi yang memerlukan bekalan untuk dijadikan sebagai makanan haiwan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI