fbpx

Taliban larang penduduk tinggalkan Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid semasa sidang media di Kabul, semalam. - BBC

KABUL – Kumpulan Taliban melarang penduduk Afghanistan daripada mengerumuni lapangan terbang Kabul selepas menolak permintaan negara luar untuk memanjangkan tarikh pemindahan keluar, lapor akhbar The Sun, semalam. 

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, sebarang penerbangan membawa keluar penduduk dari Afghanistan selepas tarikh akhir 31 Ogos akan disekat.

“Penduduk asal Afghanistan dilarang ke lapangan terbang Kabul untuk melarikan diri ke luar negara kerana pihak Taliban tidak menyokong tindakan itu,” katanya.

Beliau juga memberi amaran bahawa kelewatan proses pemindahan mereka yang mahu meninggalkan negara itu akan memberi kesan kepada gencatan senjata di kawasan sekitar malah boleh mencetuskan semula situasi peperangan.

“Akan ada akibat yang serius sekiranya ada mana-mana negara melepasi tarikh akhir pemindahan keluar penduduk mereka.

“Semua yang mahu keluar perlu meninggalkan Afghanistan sebelum 31 Ogos kerana selepas tarikh itu, kami akan mengambil pendekatan berbeza dalam menangani situasi semasa,” tegas Zabihullah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI