fbpx
WARTAWAN berada di hadapan Universiti Teknikal Darmstadt di Darmstadt, Jerman hari ini. - AFP

Polis siasat keracunan di universiti Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN – Polis Jerman melancarkan siasatan terhadap ‘cubaan membunuh’ hari ini selepas kes keracunan di sebuah universiti menyebabkan seorang pelajar kritikal dan enam yang lain memerlukan rawatan perubatan.

Semua mangsa di Universiti Teknikal Darmstadt itu  memakan makanan atau minuman  yang dicampur ‘bahan berbahaya’  terutama dalam paket susu dan bekas air.

Polis berkata, paket susu dan bekas air adalah antara barang yang diracuni pada hujung minggu lalu dengan bahan kimia yang digunakan mempunyai ‘bau yang menyengat.’

Bangunan yang terjejas ditutup  polis dan sebarang bahan makanan di lokasi kejadian  dirampas untuk siasatan.

Belum ada mangsa lain yang tampil, namun seorang pelajar berusia 30 tahun berada dalam keadaan kritikal semalam, kata polis.

Pihak berkuasa menyeru sesiapa sahaja yang menunjukkan gejala atau anggota badannya  berubah menjadi kebiruan supaya  segera mendapatkan bantuan perubatan.

“Kami terkejut dengan jenayah  yang berlaku di universiti kami,” kata presiden institusi itu, Tanja Bruehl dalam satu kenyataan. – AFP 

POPULAR