fbpx

Kanak-kanak 5 tahun antara 54 PATI diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
54 PATI warga Indonesia ditahan ketika sedang bersembunyi di Jalan Tanjung Balau - Sedili Kecil (Bio Desaru), Kota Tinggi, Johor selepas gagal masuk ke negara ini secara haram semalam.

KOTA TINGGI – Kanak-kanak lima tahun antara 54 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan ketika sedang bersembunyi di Jalan Tanjung Balau – Sedili Kecil (Bio Desaru) selepas gagal masuk ke negara ini secara haram, semalam.

Kesemua PATI berusia 5 hingga 52 tahun terdiri dari seorang kanak-kanak lelaki, 42 lelaki dan 11 wanita disyaki baharu saja tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan berkata, tangkapan dilakukan dalam operasi di bawah formasi Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) bagi Ops Benteng kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).

“Pada pukul 3.30 pagi, anggota petugas pos pemerhati telah mengesan pergerakan bot yang mencurigakan di kawasan Bio-Desaru, Bandar Penawar, Johor.

“Hasil maklumat tersebut, pasukan telah mengatur gerak Tim Quick Reaction Force ke kawasan tersebut bagi membuat penjejakan.

“Pada pukul 5 pagi, dengan bantuan Tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) bersama Tim QRF telah berjaya mengesan serta menangkap 54 PATI yang sedang bersembunyi di tepi pantai Jalan Tanjung Balau – Sedili Kecil (Bio Desaru),”katanya.

Tambahnya, turut dirampas dalam operasi itu adalah mata wang Indonesia IDR 43,520,760.00 iaitu RM 12,770.30 bersama 43 buah telefon bimbit yang mana nilai keseluruhan dianggarkan RM23,108.30.

Jelasnya, kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas.

“Laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai. Pasukan turut meneruskan atur gerak Tim QRF dan bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan.

“Kerjasama Agensi-agensi dalam Ops Benteng ini akan terus dipertingkat bagi memastikan keselamatan perairan dan daratan negara bebas daripada aktiviti yang boleh mengancam keselamatan mahupun aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang,”katanya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI