fbpx

Syed Saddiq mohon kes dipindah ke Mahkamah Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq

KUALA LUMPUR  –  Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon supaya kes pecah amanah berjumlah RM1 juta, menyalahgunakan wang sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan pengubahan wang haram yang dihadapinya dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Haijan Omar yang mewakili Syed Saddiq ketika dihubungi media berkata, kes itu perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atas alasan terdapat kesulitan isu-isu perlembagaan yang akan timbul yang lebih sesuai dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata, mahkamah kemudian menetapkan pengurusan kes itu di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas pada Rabu ini.

Berdasarkan notis permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 19 Ogos lalu menerusi Tetuan Haijan Omar & Co, Syed Saddiq selaku pemohon turut memohon agar semua prosiding kes itu di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sementara menunggu keputusan permohonan tersebut.

Pada 22 Julai lalu Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu pecah amanah dan menyalahgunakan harta di Mahkamah Sesyen di sini.

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang telah diamanahkan penguasaan ke atas dana ARMADA, telah melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan harta iaitu wang sumbangan untuk kempen PRU14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 April sehingga 21 April 2018, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada 5 Ogos lalu, Syed Saddiq yang juga  bekas Menteri Belia dan Sukan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000, tiga tahun lepas.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI