fbpx

93 program Semarak Perpaduan Bulan Kebangsaan 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali

PUTRAJAYA – Rakyat di seluruh negara diseru agar terlibat dalam menjayakan sejumlah 93 program bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, kesemua program itu disusun itu bertujuan meningkatkan semangat patriotik dan memperkasa penglibatan komuniti tanpa mengira latar belakang.

“Program yang dilaksanakan turut menghargai sumbangan rakyat Malaysia khususnya kegigihan petugas barisan hadapan dalam memerangi jangkitan wabak Covid-19,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran Semarak Perpaduan Bulan Kebangsaan 2021 anjuran Kementerian Perpaduan Negara hari ini.

Program berkenaan mendapat kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan sambutan kali ini kekal dalam suasana norma baharu dan pematuhan ketat prosedur operasi standard seperti tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI