fbpx

Gambar disalahguna promosi judi online, Izzue lapor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERANG gambarnya digunakan untuk promosi judi online, Izzue Islam buat laporan polis.

PETALING JAYA – Berang dan enggan membiarkan pengelola kegiatan judi atas talian terus menyalahgunakan gambarnya sebagai bahan promosi, Izzue Islam nekad membuat laporan polis hari ini.

Pelakon itu berkata, laporan yang dilakukan di Balai Polis Klang sebagai tindakan susulan terhadap maklumat daripada orang ramai yang menyedari kegiatan berkenaan, sekali gus menegaskan dia menafikan pembabitan dalam iklan tidak bermoral seumpana itu.

“Saya tidak pernah terjebak dengan iklan kasino dalam talian! Tolong jangan buat orang keliru.

“Terima kasih pada semua yang mesej, kalau anda tak DM (mesej langsung), saya pun tidak tahu pasal hal ini,” katanya.

Terdahulu, sejak semalam tular iklan di laman sosial yang menunjukkan Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 31, mempromosikan sebuah laman web judi online.

Pada gambar iklan tersebut, aktor dan penyanyi itu tampak memegang telefon bimbit dan kelihatan disunting dengan berlatar belakangkan sebuah pusat peranginan terkemuka.

Malah, pada tulisan pula tertera mengenai promosi kasino terbaik selain menunjukkan kadar bayaran diperlukan untuk mendapatkan bonus besar hanya dengan bayaran RM10.

Tegas Izzue lagi, dia perlu bertindak memandangkan ini bukan kali pertama nama dan imejnya digunakan tanpa kebenaran untuk produk mahu pun perkhidmatan yang tiada kaitan dengan dirinya.

Pelakon Nasi Kerabu Untuk Cik Abe itu menambah, penyalahgunaan identiti untuk sesuatu yang tidak mungkin dilakukannya itu iaitu judi baginya adalah satu perbuatan paling melampau.

“Tidak dinafikan, sebelum ini ada produk kain dan pakaian menggunakan gambar saya. Tapi saya tak mahu kecoh memikirkan mereka juga mencari rezeki.

“Tetapi untuk kali ini memang saya perlu bertegas dengan mengajukan laporan polis kerana perbuatan mereka sudah melampaui batas.

“Ini uga sebagai amaran supaya jangan ada lagi pihak sewenang-wenang menggunakan gambar selebriti sesuka hati,” katanya lagi.

Selain Izzue, beberapa personaliti popular lain turut pernah menjadi mangsa pihak sama, termasuklah  penyampai radio, Issey. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI