fbpx

Rider Grabfood Ipoh terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada rider Grabfood yang menerima vaksin dos pertama di PPV Klinik Briged Utara PGA, dekat sini semalam.

IPOH – Lebih ramai kelompok penghantar makanan (rider) di bandar ini diberi suntikan vaksin apabila inisiatif digerakkan bagi tujuan tersebut oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Terbaru, menerusi Program Vaksinasi Grabfood Riders dengan kerjasama Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta.

Penyelaras program, Mohd. Azad Mohd. Hussain berkata, seramai 110 rider yang menetap di sekitar Hulu Kinta terpilih menyertai program tersebut bagi menerima suntikan dos pertama.

Katanya, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya MBI dan PPV Klinik Briged Utara kerana memudahkan proses vaksinasi.

“Seperti umum tahu, rider turut memainkan peranan mereka semasa pandemik ini sebagai perantara menghantar makanan.

“Mereka bekerja dalam suasana terdedah kepada persekitaran luar, berisiko pada jangkitan jadi pemberian vaksin Covid-19 sangat ditunggu-tunggu,” ujarnya pada program itu semalam.

Isnin lalu seramai 60 rider syarikat Food Panda menerima vaksin Covid-19 melalui Program Vaksinasi Rider Food Panda juga menerusi kerjasama MBi dan PPV Klinik Briged Utara. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI