fbpx

Program vaksinasi masyarakat Orang Asli lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada penduduk Orang Asli yang menerima suntikan vaksin di KOA Batu 23, Batang Padang, semalam.

TAPAH – Seramai 150 penduduk Orang Asli daripada dua buah perkampungan dalam daerah Batang Padang di sini telah menerima suntikan vaksin untuk dos pertama menerusi Program Outreach Vaksinasi Masyarakat Orang Asli negeri Perak di Kampung Orang Asli (KOA) Batu 23 di sini semalam.

Pemberian ini melibatkan penduduk KOA Batu 21 dan KOA Batu 23.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri Perak/Kedah dalam satu kenyataan memberitahu, proses tersebut berjalan lancar dan mengikut pematuhan sepenuhnya seperti pemakaian pelitup muka dan sentiasa menggunakan cecair pembasmi kuman.

“Penerima vaksin untuk dos pertama adalah seramai 150 orang dan semoga kita sama-sama dapat melindungi diri daripada wabak Covid-19 ini yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugasa Jakoa Perak serta kakitangan Jabatan Kesihatan negeri yang membantu melancarkan urusan,” ujar kenyataan tersebut.

Turut hadir ialah Pengarah Jakoa negeri Perak/Kedah, Harulnizam Abd Rahman bagi meninjau pelaksanaan program tersebut.

Program sama juga dilaksanakan di Ipoh melibatkan 52 orang penduduk Orang Asli dari Kampung Choh, Hulu Kinta dengan kerjasama Jakoa Daerah Kinta dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA). -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI